Thursday, September 18, 2008

siapa mahu kuasa...?

Panas... panas... hangat .... suasana politik di tempat kita nampaknya semakin merimaskan dek bahang yang entah dari mana puncanya. Mengharapkan 'hujan' sekali sekala di satu-satu tempat mungkin tidak cukup untuk meredakan 'rasang' di badan, gelisah terus....

Kawan kita si tikus tanah mengeluh lagi. Katanya ada orang sedang lapar kuasa. Ada pula yang sedang membawa kuasa tapi macam sudah semakin lemah tidak lagi terdaya memikul kuasanyanya.

Kuasa memang menjagi fokus kebanyakan orang yang bercitarasa tinggi. Yalah... dengan memiliki kuasa membolehkan mereka menghidupkan 'lampu suluh' kehidupan, menerang-benderangkan ruang-ruang perjalanan bagi mencipta lebih banyak peluang-peluang cemerlang.

Mereka yang sedang lapar kuasa pasti akan terus memburu kuasa yang dihajati sehingga dapat, mungkin hari ini, esok, atau lusa.... boleh jadi sedikit masa sahaja lagi, penuh optimis. Buruan akan terus diusahakan sedaya upaya, sepenuh kudrat yang ada. Apa jua kaedah dan strategi rapi disusun agar umpan dan perangkap dipasang tidak sia-sia begitu saja. Kini bukan lagi masa untuk mengunggu siapa yang kena, kerana jika silap perkiraan... sasaran terlepas sekali lagi. Apabila kuasa berjaya 'dicekup' lalu dapat 'dimakan' dan 'diratah' semahunya, sehingga kekenyangan... sehingga lena kepuasan.

Bagi yang tidak lagi terdaya menanggung kuasa, wajar kiranya segera mencari cara cara mengalihkan kepada sesiapa yang benar-benar mampu dan berdaya upaya mengendalikannya. Jika terlewat mingkin dia sendiri akan kelemasan ditimpa bebanan kuasa yang kian tidak tertanggung. Kerana kuasa besar wajar dipikul orang yang berjiwa besar.

Kawan kita si tikus tanah teringat kepada dialog dalam filem "Spider Man" tidak berapa lama dulu. Watak seorang tua menasihati anak saudaranya, lebih kurang bermaksud ... "wahai anakku ingatlah.... setiap kuasa yang diberikan padamu, bersamanya ada tanggungjawab... ". Jadi semakin besar kuasa dimiliki, maka semakin besar jugalah tanggungjawab yang mesti dipikul, amanah yang wajib ditunaikan.

Apabila kita diberi tanggungjawab besar, kita juga memerlukan kuasa secukupnya bagi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu.....

1 comment:

BLOG KOMEN said...

KUNJUNGILAH BLOG KOMEN UNTUK ANDA MEMBERIKAN KOMEN, PENDAPAT DAN PANDANGAN TENTANG APA-APA SAHAJA.